SALAM PERKENALAN!

11 Oktober 2011

RINDU...

lama aku tinggalkan laman ini
tanpa sebarang semaian anak benih
apatah lagi tanaman baru...
kesibukan mengurus kerjaya
memaksa aku melupakan seketika laman ini...
kini, hanya kerna rasa rindu
aku jejaki kembali
mencoret baris-baris kata
yang sekian lama menggumpal di minda.
Di hujung waktu ini
peperiksaan demi peperiksaan
menjengah ruangan hidup bergelar pelajar
namun, sang guru turut terpalit derita
mengasah senjata agar mampu melumpuh musuh
modul demi modul
latihan demi latihan
soalan demi soalan
bertubi-tubi meledak sasaran
tanda usaha yang tak pernah padam.

Ya Allah, semoga usaha kami ini Engkau berkati...

02 Ogos 2011

SALAM RAMADAN 1432H

kepada semua rakan-rakan pembaca blog ku ini
SELAMAT BERPUASA
selamat mengimarahkan Ramadan yang penuh barakah ini

>>> rindu rasanya kepada rakan2 SPN (1998 - 2002) <<<


10 Julai 2011

LESSON STUDY

09.07.2011
Alhamdulillah, kali pertama aku menjejakkan kaki berhimpun bersama rakan2 GC daerah.
Terasa begitu kerdil diri ini...
Kerana rasa kerdil itulah aku mendiamkan diri selama ini.
Tapi, kini aku cuba untuk mengorak langkah mencari ilmu bersama rakan2 GC yang lain.
Pertama kali aku dengar tentang Lesson Study... Namun, di imbas apa yang aku dan rakan2 guru lakukan di sekolah selama ini juga sedikit sebanyak termasuk sebagai LS cuma kami tidak menyusun tata kerja kami dan mendokumentasikannya...
Cukup bagus cara ini, patutlah Jepun yang merupakan negara rintis program ini sangat maju warga penduduknya dan sekaligus mengiktiraf negara Jepun sebagai negara maju hanya kerana usia LS di sana juga sudah menjangkau 100 tahun... wow! teruja aku untuk mencuba juga untuk mentransform duni pendidikan di sekolah aku. 
Aku pasti, dugaan demi dugaan pasti akan datang menerjah tetapi aku harus bersedia dengan apa jua ancaman yang mendatang.
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

YAKIN BOLEH!



09 Jun 2011

CEMBURU


Apa harus aku lakukan???

02 Jun 2011

sekali lagi aku di uji...

Masya Allah... gejolak sungguh jiwa ini
Entah kenapa aku hilang kawalan diri
ke mana perginya kekuatan yang selama ini menunjangi
kesabaran tiba2 rebah sendiri...
 
Segalanya hadir tanpa ku duga
mengocak emosiku kembali membara
terkadang aku melayan lara
rupanya Allah mengingatkan aku yang lupa
 
Ya Allah... di sejadah ini aku rebah
membuak tangisan yang tak pernah sudah
sekali lagi ujian Mu aku pasrah
cuba hadapi tanpa amarah


Ya Allah... aku mohon ketabahan dari Mu
Ya Allah... aku mohon kekuatan dari Mu
Ya Allah... aku mohon kesabaran dari Mu
Ya Allah... aku mohon permudahkan urusan ku dari Mu
Ampunilah segala dosa2 ku
Penghalang laluan doa untuk sampai pada Mu
Amin Ya Allah...
 
Aku hanya mengharap pelangi yang indah
mewarnai dunia yang gundah
agar aku kembali segah



17 Mei 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

18 MEI 2011

KIMIA 1 & SAINS 1
7.40 - 8.55 pagi


KIMIA 2 & SAINS 2
10.40 - 1.10 petang



SELAMAT HARI GURU


masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutama kepada guru-guru yang pernah mendidik aku di Tadika Kg Pok, SKMP, SKTTA, SAMP, SMKTA, SMKGP dan UTM Skudai...
Jasa kalian cukup besar buat diri ku hingga aku mampu berada ke tahap ini.
aku tahu yang aku bukan lah pelajar yang pandai suatu masa dulu tetapi berkat doa kalian aku juga mampu berjaya seperti mereka yang lain...
Alhamdulillah...
Pada tahun ini, aku dinobat anugerah Guru Paling Banyak Menggunakan ABM dalam P&P...
Terima kasih kerana memilih cikgu... Insya Allah, lepas ni cikgu akan cuba menambah baik apa yang ada dan yang pasti anak2 murid cikgu memang sentiasa yang terbaik...
kita akan terus berusaha bersama2 dan berdoa kepada Allah agar memberkati usaha kita...
Semoga, aku terus menjadi guru yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak2 bangsa...
Jika dulu, kerjaya ini bukanlah impian aku tapi kini aku sangat2 mencintai kerjaya ku ini..
~@@~
|
U

SELAMAT HARI GURU
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


10 Mei 2011

URUSAN DUNIA


Alhamdulillah... syukur kepada Mu ya Allah kerana masih meminjamkan sedikit kekuatan kepada diri ku untuk terus gah berdiri melunaskan tugasan yang diamanahkan kepada ku...
Bukan senang rupanya nak jadi pemimpin..
Bukan senang nak menguruskan ahli2 di bawah pimpinan..
Tapi, kepada Mu saja ya Allah aku mohon kekuatan itu..
Tahun 2011, aku diamanahkan sebagai Pengerusi KEBIRU sekolah...
Pengerusi Kelab Guru SMKTA
Adui! tersentak emosi dan minda buat seketika..
takut tak terlaksana amanah yang diberi..
Aku cabar diri untuk menyahut cabaran yang terbentang
perlahan-lahan aku belajar..
dari rakan2 yang terdahulu dari ku..
Alhamdulillah... aku mampu rupanya..
dengan bantuan AJK yang dipilih
kami mengemudi kapal bersama-sama
Hari ini, aku senaraikan 3 program terdekat yang akan dianjurkan
1. Program Hari Guru 16 mei 2011
2. Lawatan ke Pulau Merambong
3. Hari Keluarga 2011

Semoga Allah terus memberi pinjam kepada aku sedikit kekuatanNya itu
kepada aku dan rakan-rakan ku
untuk kami terus berjuang

pada yang lemah
kami sedia bantu
tetapi jika tidak mahu bangkit juga 
kami x mampu berbuat apa2 lagi...

Insya Allah..
Niat yang ikhlas... moga diberkatiNya..
Amin...


06 Mei 2011

AKU DAN KISAH DUNIA

"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu... dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya " Surah Al-Baqarah ayat 276

mencari yang terbaik itu sudah pasti
menjadi yang terbaik itu sentiasa diimpi
mengekal yang terbaik selalu dikejari...

tapi sampai bila???
terusan mengagung dunia

pangkat dikejar melulu
nama harus disebut selalu
suara harus didengar dulu...

tapi sampai bila???
terusan mendabik dada

dugaan datang tiba-tiba
masih lagi alpa
mengorek rekahan luka
kau rebah setelah darah merah melimpah..
sedar tidak bermaya
termangu mata meliar menyala.

kawan lari
sahabat pun pergi
???
sedih..
sedih lagi..
dan sedih lagi...

mengapa harus berduka
kau yang merencana
apa yang kau suka
menyisih segala yang kau ada
kini kau ... pilih lah antara dua
terus berduka
atau
kembali kepada yang Esa.

Ya Allah... lembutkan hatiku untuk selalu mensyukuri nikmat Mu
Ya Allah...  berkatilah tiap nikmat yang Kau beri padaku
Pelihara aku dan sahabat2 ku daripada godaan dunia
Amin...


03 Mei 2011

Ujian Allah buat hambaNya...

 wanita dan bunga...
sangat2 sinonim...
kelembutan dan keayuannya cukup memikat mata yang memandang...
harumannya kadang2 menyentuh sukma untuk terus menghampirinya...
tapi bunga tak selamanya kembang mekar
sampai saatnya pasti akan pudar
layu dan gugur ke bumi
begitu juga dengan wanita
suatu masa dulu tika keayuannya sedang mekar cukup gah dipuja
ditatang dengan kata2 yang cukup menawan
ah! cukup sempurna ketika itu..
tapi... ibarat sang bunga
tiba saatnya kau juga akan gugur menyembah bumi..
namun, harus kau sedar duhai wanita
walaupun kau gugur ke bumi
kau masih lagi berguna
kau tetap sumber nitrogen buat indukmu
menyambung hidup bagi makhluk yang lain...

kau tetap berjasa duhai wanita...

30 April 2011

Sekadar renungan...


semoga aku mampu menghadapinya...