SALAM PERKENALAN!

24 Disember 2010

Syukur padaMu...

saban hari aku dihidangkan dengan makanan yang lazat2... setiap malam pasti tidur ku sangat lena... tiap2 hujung bulan pastinya ada saja rezki yg keluar dari 'dinding'... aku mampu bergelak tawa dengan teman2... aku punya ibu bapa dan adik beradik juga saudara mara yang saling menyayangi... aku juga mampu menghabiskan masa dengan berFB... Ya Allah, tak terhitung nikmat yang telah Kau berikan kepada aku.. tak tersenarai segala macam nikmat yang telah Kau curahkan dalam hidupku... sesungguhnya, sepanjang hayat ku ini dilimpahi dengan nikmat Mu ya Allah..
apa yang harus aku lakukan selain daripada panjatkan rasa syukur kepadaMu.. selama ini aku lalai, terlalu taksub dengan duniawi.. mudah sangat tergoda dengan alunan syahdu  duniawi. banyak sangat ujian yang Kau turunkan kepada aku... ujian dalam bentuk kesenangan... membuatkan aku lupa segalanya milikMu... aku hanyut dibuai mimpi2 indah... tapi bila aku diuji dengan ujian Mu yang maha dahsyat aku terus terjelepok ke bumi Mu ini ya Allah betapa aku lupa dan lalai daripada mengingatiMu. Alhamdulillah, sekali lagi Kau hadir dalam diriku, Kau datang kan hambaMu yang arif dalam hal ehwal ukhrawi untuk mengajar aku kembali mengingatiMu... aku sujud padaMu... betapa mengingatiMu membuatkan aku tenang dan damai... sangat2 bahagia diri ini.. doa.. dan terus berdoa... meminta dengan Mu untuk aku terus tabah mendepani ujian Mu.

Alhamdulillah... 

23 Disember 2010

Yang bergelar Sahabat...

Jauh berjalan luas pandangan bertambah kenalan.
Mungkin aku tak sependapat dengan orang lain. Tapi mungkin masih ada yang setuju dengan pendapat aku.
Tahun 2010, merupakan tahun kembara aku. Pelbagai ragam manusia yang aku jumpa. Pelbagai karenah manusia yang aku depani. Berkenalan dengan mereka menambahkan lagi koleksi kawan dalam album hidup aku. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui apa yang telah dirancangNya yang kadang2 tak terjangkau dek pemikiran manusia.
Sebaik mungkin aku cuba untuk bersahabat dengan mereka kerana Allah. Aku tak pasti sejujur mana mereka berkata2, seikhlas mana mereka berbicara dan sejauh mana kebenaran mereka mengolah cerita. Aku adalah aku. Yang terkadang2 terlalu jujur bila mendepani manusia. Mungkin adakala aku ditipu atau pun aku dicerca dibelakang mereka tetapi aku berserah kepada Yang Esa. Satu hari nanti pasti akan terbuka hijab untuk aku melihat kebenaran disebaliknya. Aku tetap mendoakan kebahagian mereka di dunia & akhirat. Aku tak ingin apa yang berlaku dalam hidup menyinggahi kamar hidup mereka. 
Siapa yang tidak marah jika kawan @ sahabat menikam dari belakang. Tapi siapa lah aku untuk menghukum mereka. Aku cuma insan biasa juga dibawah pengawasan Allah. Bibir mungkin petah untuk mengungkap pelbagai kata tapi hati ini tetap memaafkan. Itu yang mampu aku lakukan. Biar aku mengundur diri jika itu yang terbaik. Aku akan terus bermohon kepada Yang Esa agar ditemukan aku kawan @ sahabat yang menjainkan silaturrahim kerana Allah.
Apa yang aku harapkan, duhai sahabat mari kita jalinkan ukhwah kerana Allah bukan untuk menangguk di air keruh. Adakala, kita berjumpa dengan mereka yang hanya untuk mengambil kesempatan diatas kesempitan kita mahupun dikala kita sedang senang. Jujurlah kerana Allah. 

Selamat Tahun Baru Hijrah


Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. Beranjak lagi kita di satu usia yang baru. Tentunya apa jua yang berlaku sebelum ini menjadi panduan untuk hidup yang lebih baik di tahun baru. Bagi aku, amat mengharap tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Moga dapat ditingkatkan amalan dan lebih dekat dengan Allah. Amin.

20 Disember 2010

besday Wafiq!

selamat hari lahir Wafiq Syahmi... anak buah aku yang manjo ni.. hehe.. Tahun depan nak sekolah, kena lah belajo rajin2.. aku selalu ingatkan dia kena belajo rajin2 nanti pandai macam mak uda.. haha.. mcm lah aku (mak uda) pandai sgt... hahaha.. 

wafiq, yang berdiri kat belakang aku.. seronok sungguh lah tu dpt present daripada mak uda.. kakak zika pun nak sekolah gak thn depan.. cuma mak uda x sempat nak bagi present kat zika.. nanti mak uda bagi kemudian yek.. heee.. adik wajdi pun dapat present dari mak uda.. bergaya sakan tu ngan present mak uda.. 

SELAMAT HARI LAHIR MAK UDA, 26.12... :))

aku kembali lagi sebagai blogger...

dah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di dinding blog ini... kerana kekangan masa dan hasutan FB membuatkan aku menjauhkan blog ini wat sementara waktu... haha.. apa lah yg aku nak coret kat sini yek... ???

hari ini, 20.12.2010 tamatlah sudah tugas aku mengendalikan pengawasan SPM.. wow! letih sungguh!... tapi banyak sungguh yg aku pelajari sepanjang tempoh peperiksaan SPM 2010.. Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja-kerja aku... seronok gak wat sesuatu yg baru ni... hehehe.. terima kasih kepada rakan2 pengawas, kak Nezelynn, kak Siti Razinah, Ong Ai Lian, Letchumy, Rina dan Ruhaidah yg banyak membantu aku mengendalikan peperiksaan di SETA JB.. macam2 ragam n cerita kita kongsi bersama.. dan yg penting kita happy sgt2.. korang memang rajin n seronok dapat bekerja sama-sama. tak lupa kepada en.RO yang tahan melayan karenah aku yg banyak tanya... hahaha.. macam2 hal berlaku, tapi dia tetap senyum jer.. hehe..

ermm... nak cite apa lagi yek??? nantilah aku fikirkan berjenak2 dulu.. heee

:)